Quantcast
Channel: Dari Dapur Kak Yah
Viewing all 405 articles
Browse latest View live

Cempedak Goreng

$
0
0
Sebiji buah cempedak diambil isinya
Secawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar margerin
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar kelapa parut
1 sudu besar bijan
1 biji telur
1/2 sudu teh double action atau baking powder
1 sudu teh garam
1/2 cawan air suam
Sedikit serbuk kunyit

Adun semua bahan kecuali isi cempedak.
Kacau biar serata.  Masukkan isi cempedak dan gaul biar sebati.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan dan garing.

Blueberry Cheese Chocolate Marble Cake

$
0
0
,
Terima kasih kepada Sally Rashid atas perkongsian resepi yang sememangnya sedap.  Maaf kakak minta kerana kak menggunakan resepi dari Sally tetapi telah kak ubahsuai cara persembahannya..Sorri ye kak tak boleh buat kek coklat yang bertopingkan coklat selalu..Bahaya...

Bahan-bahannya
200gm tepung gandum diayak 2 kali (sally guna tpg superfine)
100gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate.
Putar telur dengan gula hingga kembang.  Masukkan bahan ayak .  Kacau.
Masukkan minyak masak.  Kacau.
Masukkan susu dan air panas.  kacau hingga sebati dan berkilat.
Sapu loyang(9x9 inci) dengan margerin dan di alas dengan kertas kek(lebihkan kertas kek tersebut untuk menyenangkan untuk mengangkatnya nanti bila kek sudah masak).
Simpan 2 sudu besar adunan kek untuk marble.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.  Masukkan satu bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C (5 minit pertama bakar dengan api bawah dan masa selebihnya api atas dan bawah)
Masukkan sebahagian adunan krim cheese ke atas kek coklat dan letakkan sedikit bluebery filling di atasnya. , bakar selama 15 minit.
Keluarkan dan tuang bahagian yang kedua dan bakar semula selama 20 minit lagi dan lakukan cara pembakaran seperti lapisan yang pertama tadi.
Apabila kek masak tuang lebihan adunan krim cheese dan paipkan lakaran marble di atasnya.
Bakar semula selama 15 minit.


Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
blueberry filling

Putar krim keju dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur.  Putar.
Masukkan tepung gandum, jus lemon dan air.  Putar biar sebati.





Puding Roti Pelangi

$
0
0

Resepi asal dari Azlita Masam Manis
(Telah berlaku sedikit pengubahsuaian dalam sukatan agar-agar dan air)

10gm serbuk agar-agar
500ml air
3 keping roti
2 biji telur
3 sudu besar susu pekat manis
1 tin(besar) susu cair
1 sudu besar oren sunquick
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar gula
Pewarna

Masak agar dengan air hingga mendidih.
Blender roti bersama susu cair, susu pekat manis, telur, gula, sunquick, jus lemon dan esen vanila hingga hancur.
masukkan ke dalam periuk agar-agar tersebut.  Biar mendidih.
Angkat dan ambil/keluarkan 4 senduk dan setiap senduk masukkan 1 warna.(merah, hijau, biru dan puple)
Tuang adunan plain ke dalam bekas dan tuang sedikit demi sedikit adunan bewarna secara berselang seli di atas permukaannya sehingga habis.
Bekukan dan sedia untuk dipotong.

Kek Labu

$
0
0



1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan margerin
1 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar mentega
4 biji telur
1 cawan labu yang telah direbus dan dilenyekkan
1 sudu teh esen vanila

Ayak tepung kek bersama baking powder
Pukul margrin, mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar hingga kembang.
Masukkan tepung,esen dan labu.  Kacau.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kertas kek.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 45 minit dengan suhu 180C
Cara kak..bakar pada minit awalnya selama 15minit menggunakan api bawah dan baki selebihnya barulah mengguna api atas dan bawah.

Cara membuat tepung kek
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
Campurkan dan ayak.  Dah siap tepung kek kita..tapi ini untuk secawan tepung kek..resepi di atas 1 1/2 cawan kena buat lagi laa..



Agar-Agar Telur

$
0
0
Bahan A
7 biji telur
2 cawan santan pekat
3 sudu besar gula
Sedikit garam
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh perasa pandan

Bahan B
10gm agar-agar serbuk
600ml air
10 sudu besar gula

Sediakan pengukus dan panaskan air hingga mendidih.
Pukul(dengan garfu) telur bersama santan, gula, garam, perasa pandan dan esen vanila.
Bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan setiapnya dengan warna merah, hijau, biru dan kuning.
Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sediakan bekas dan dengan menggunakan sudu yang tajam tepinya(kak guna sudu plastik biasa) sendukkan nipis-nipis dan susun berselang seli warnanya.

Masak agar-agar bersama air hingga mendidih.
Masukkan gula dan biar mendidih lagi.
Tuang agar-agar secara perlahan-lahan ke dalam bekas tadi.  Tuang biar mencecah lebih sedikit sahaja.
Mungkin ada lebihan agar-agar tersebut...buatlah agar-agar biasa...letak sirap ke atau sebagainya....
Bekukan dan siap untuk dipotong.

Green Velvet Cheese Cake(step by step)

$
0
0
Sebelum kita melakukan proses memutar/mengadun kek kita haruskan buat buttermilk dulu.  Caranya:
3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

Pukul mentega dengan gula hingga kembang
Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar
Masukkan campuran tepung dan buttermilk secara berselang seli
Masukkan pewarna hijau ke dalam adunan
Kacau sebati
Campurkan baking powder dengan cuka dan kacau serta merta
Terus masukkan ke dalam adunan kek.  Kacau sebati
Alaskan loyang dengan kek kek dan biarkankiri dan kanannya terlebih hingga ke atas.  Masukkan adunan ke dalam loyang.  Simpan 2 atau 3 sudu besar untuk corak di atasnya..  Bakar kek selama 45 minit(Cara seperti dalam resepi)
Sementara kek dalam proses pembakaran, putar untuk krim keju dan apabila kek masak dan telah dikeluarkan dari oven kita terus curahkan ke atasnya.  Selepas itu adunan sedikit  baki kek tadi dibuat seperti di atas.
Apabila selesai kita buat garisan memanjang, dengan menggunakan lidi satey tarik dari atas ke bawah.
Dengan cara yang sama, tarik lagi dari sebelah bawah ke atas(berlawanan)
Lakukan di sisi yang sebelah lagi...Apabila selesai mencorak masukkan ke dalam oven dan bakar selama 15 - 20 minit.
Siappp..Cara untuk mengeluarkan kek dari loyang, angkat lebihan kertas dengan kita pegang kiri dan kanannya.(tunggu sedikit sejuk ya sebab kek yang masih panas keadaaannya lembut.)
Potong dan boleh makannn..Sila...

3 sudu besar susu  tepung dibancuh dengan air bagi menjadi 180ml air susu
2 sudu besar jus lemon
Keduanya diperap seketika bagi menjadi buttermilk

330 gm tepung naik sendiri
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh baking powder
210gm gula kastor
5 biji telur
250gm mentega
1 sudu besar Pewarna hijau

1 sudu teh baking powder
1 sudu besar cuka

Putar mentega dengan gula hingga kembang. kemudian masukkan telur satu persatu.
Ayak tepung naik sendiri, serbuk koko, susu tepung dan baking powder sebanyak dua kali.
Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan berselang seli dengan buttermilk sehingga habis dengan kelajuan yang sederhana.  Masukkan juga pewarna hijau.  Campurkan baking powder dengan cuka ke dalam mangkuk kecil.  Kacau biar sebati dan berbuih.  Masukkan dengan kadar segera ke dalam adunan kek dan kacau biar sebati.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan margerin dan  dialas dengan kertas kek(biarkan kertas kek melebihi loyang bagi senang kita mengangkat kek bila masak).  Simpan sedikit adunan bagi membuat lakaran marble..  Bakar selama 40 - 45 minit atau sehingga masak.
Keluarkan dari oven dan tuang lapisan keju dan paipkan adunan yang disimpan sedikit tadi untuk lakaran marble )..Bakar selama 15 - 20 minit.  Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dan dengan menggunakan lebihan kertas tadi angkatlah kek kita.

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70gm gula halus
20gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu besar air
Putar krim keju dengan gula hingga kembang dan masukkan telur, tepung dan air.  Putar lagi hingga betul-betul kembang.

Mee Rebus

$
0
0



Sekilo mee(dibersihkan dan dibersihkan sekali lagi dengan air panas)
400gm daging(potong besar)
3 labu bawang besar(kisar)
6 ulas bawang putih(kisar)
2 biji cili merah(kisar)
3 sudu besar cili giling
2 batang serai(kisar)
2 inci lengkuas(kisar)
Seinci halia(kisar)
1 sudu besar ketumbar(goreng kering dan tumbuk)
2 kuntum bunga lawang
2 sudu besar serbuk kari
3 biji ubi keledek(rebus dan kisar)
1/2 cawan udang kering(kisar)
1 biji buah keras(kisar)
1 kiub pati daging
1/3 cawan santan
3 sudu besar air asam jawa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

Rebus daging bersama air hingga daging empuk.  Masukkan juga sedikit garam.
Tumis bahan blender, cili giling, ketumbar, bunga lawang dan serbuk kari hingga wangi.
Masukkan air rebusan daging.
Masukkan juga ubi keledek dan air asam jawa dan kiub daging..
Masukkan santan.
Masukkan gula dan garam.
Masak hingga mendidik dan naik minyaknya.

Bahan Tambahan
Taugeh
Daun bawang
Bawang goreng
Kacang tumbuk
Tauhu digoreng
Fish cake digoreng
Fish ball digoreng
telur rebus
Tomato direndam sekejap dengan air panas dan dipotong
Daging rebus tadi dipotong nipis
Limau nipis/kasturi

Kek Keju Labu

$
0
0

4 biji telur..asingkan
200gm gula perang
1 cawan minyak masak
50gm gula kastor
1 1/2 cawan labu parut
1 sudu teh esen vanilla
50gm walnut cincang
50gm kismis

Bahan-bahan yang diayak bersama
250gm tepung kek 
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh beking powder
1/2 sudu teh garam

Kuning telur diputar bersama gula perang hingga kembang.
Dengan menggunakan senduk, masukkan minyak , labu dan esen vanilla.  Kacau biar rata.
Masukkan bahan yang diayak tadi.
Masukkan walnut cincang dan kismis dan gaul rata hingga sebati dan ketepikan.

Putih telur diputar hingga kembang dan beku.  Masukkan gula kastor dan putar lagi hingga beku dan berkilat..

Masukkan adunan putih telur kedalam adunan yang pertama tadi dan kacau hingga sebati
glis tin pembakar dan alas dengan kertas minyak yang dibiarkan terlebih  dari ketinggian loyang dan bakarlah kek kita selama sejam dengan suhu 160 C

Lapisan Creme Cheese

250 krim keju
70gm gula halus
1 biji telur
20gm tepung gandum
1 sudu besar jus lemon
2 sudu besar air

Pukul krim keju bersama gula hingga sebati. kemudian masukkan telur, jus lemon, air dan tepung..  Pukul hingga kembang dan berkrim. 
(corak tu suka hati dan dengan menggunakan lidi, lorek-lorekkanlah ia biar nampak bercorak).
Bakar semula selama 20 minit atau sehingga masak dengan suhu tadi.

P/S...Untuk membuat tepung kek..campurkan 3/4 cawan tepung gandum dengan 2 sudu besar tepung jagung dan diayak bersama.Buat sehingga cukup untuk sukatan resepi di atas.

Kek Batik

$
0
0
Sumber Mummy Ryan's Kitchen
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 peket biskut marie
1 cawan susu tepung
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
3 sudu besar gula
1 tin susu pekat manis
3 biji telur
250gm mentega

Campurkan tepung gandum bersama susu tepung, milo. koko, gula susu pekat manis dan telur dalam satu bekas dan putar sebati.
Panaskan kuali dan masukkan mentega.  Cairkan.
Masukkan bahan yang diputar tadi ke dalam cairan mentega dan kacau sehingga pekat (api perlahan)
Panaskan air dalam pengukus.
Sediakan loyang dan masukkan sedikit adunan tadi.  Sapu dipermukaan biar rata.  Susun biskut marie di atasnya. Masukkan adunan menutupi biskut marie tersebut.
Lakukan proses yang sama berulangan sehingga adunan habis(adunan dan biskut jadi berlapis-lapis)
Tutup loyang dengan lapisan kertas aluminium.
Kukus selama 1 1/2 atau 2 jam.
Bila sudah masak simpan dalam peti sejuk seharian.

Kek Buah Kukus

$
0
0




 Sumber: Chahaya Shiela

340gm gula pasir(buat gula hangus hingga cair keperangan)
50gm air
225gm mentega
400gm buahan kering campuran(resepi asal 500gm)
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh krim of tartar
1 sudu teh kulit kayu manis(resepi asal 1 sudu teh serbuk buah pala..tak ada kat dapur yang adanya serbuk kulit kayu manis aje..)
1 sudu teh vanila
3 biji telur

Goreng gula hingga cair keperangan(api perlahan)
Masukkan air dan seterusnya mentega.  Biar mencair.
Masukkan buahan kering.  Kacau hingga mendidih.  Matikan api dan sejukkan
Ayak tepung gandum, soda, krim of tartar dan serbuk kulit kayu manis.
Masukkan ke dalam adunan tadi.  Kacau dengan senduk.
Pukul telur  sehingga kembang dan kemudian masukkan ke dalam adunan.  Masukkan juga vanila.  Kacau sehingga sebati.
Panaskan pengukus.
Masukkan adunan ke dalam loyang(9x9 inci) yang telah dialas kertas kek.
Kukus selama 3 atau 4 jam. dengan api sederhana.  Alas loyang dengan kertas aluminium bagi mengelak air menitik ke dalam kek.
Simpan semalaman(kalau sabarlah) di bawah saji.


Puding Lapis Oreo

$
0
0
A
24gm agar-agar stripe(jenis yang panjang-panjang tuuu)
1500ml air
1/2 cawan gula

Masak agar-agar bersama air hingga hancur kemudian masukkan gula.  Kacau hingga larut.
Bahagikan sama banyak  kepada 2 periuk.

B
10 pasang biskut oreo(20 keping)...dibuang krimnya
2 biji telur
1 cawan susu cair
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila

Semua bahan diblender dan dimasak semula pada 1 periuk tadi sehingga mendidih(jangan sampai pekat sangat)
Tuang sebahagiannya dalam loyang dan biarkan sedikit membeku (untuk mengelakkan bahagian yang di dalam periuk membeku lapiskan dia dalam air panas)

C
1 cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat manis

Masak 1 periuk lagi bersama susu cair dan susu pekat hingga mendidih.  Tuang sebahagiannya ke dalam agar-agar tadi yang separuh membeku.
Setelah lapisan kedua hampir membeku, tuang perlahan-lahan bahagian oreo tadi ke atas lapisan bersusu.
Terakhirnya bahagian bersusu semula.  Sejukkan/bekukan.



Udang Masak kantan

$
0
0
15 - 20 ekor udang segar
3 biji cili merah(kisar)
Sekuntum bunga kantan(kisar)
4 biji bawang merah(kisar)
3 ulas bawang putih(kisar)
1 sudu besar cili giling
Sedikit halia (kisar)
Sebatang serai(kisar)
1 sudu teh air asam jawa
1 sudu teh kicap manis
Setengah labu bawang besar
Gula dan garam
Minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili giling hingga naik wangi.
Masukkan udang, kicap dan air asam jawa.
Masukkan garam dan gula (mengikut keperluan)
Kacau sehingga udang masak.
Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.
Setelah bawang layu bolehlah diangkat.

Kek Alunan Kasih

$
0
0





Sumber dari Dayang Jack

Bahan-Bahannya

5 biji telur
200gm mentega
50gm margerin
2 cawan tepung gandum(sorri ye..yang ni kak ubah sikit kalau DJ 2 1/2 tepung gandum..tapi kak tambah dengan tepung jagung)
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder(ayak dengan kedua tepung tadi)
1 1/2 cawan gula halus
3/4 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanila
Pewarna
Serbuk koko


Putar mentega, margerin dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.  Putar hingga kembang.
Masukkan susu cair dan esen vanila. Kacau.
Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak dengan baking powder, sehingga habis.  kacau sebati.
Bahagikan adunan sama banyak dan masukkan pewarna yang digemari.
Panaskan ketuhar.
Alas loyang dengan margerin dan alas dengan kertas kek.
Masukkan satu adunan ke dalam loyang dan tabur dengan serbuk koko(tapis dengan penapis teh)
Lakukan untuk adunan yang lain dan tabur dengan serbuk koko seperti proses tadi.
Lakukan sehingga habis dan bakar dalam oven suhu 180C selama 45 minit.(ikut suhu oven masing-masing)

Ps..Masih banyak lagi yang perlu dipelajari....line kokonya kurang menjadi begitu juga dengan alunannya...inshaaallah ada kelapangan kak akan cuba hingga berjaya..yeaaahhhh....

Kek Lumut

$
0
0

Sumber dari Dayang Jack.
10 biji telur
450gm mentega
3/4 cawan gula kastor
2 cawan nestum(yang telah dikisar)
1 cawan serbuk almond
1 cawan horlick
1 cawan tepung hongkong(tepung pau special)
2 sudu teh esen vanila
1 botol emulco pandan
Pewarna hijau
1 cawan susu pekat manis

Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Putar mentega dengan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu hingga habis(putar)
Masukkan esen vanila dan emulco dan pewarna hijau tadi.Kacau
Masukkan susu dan seterusnya bahan-bahan tepung tadi sedikit demi sedikit..  Kacau sebati.
Masukkan dalam loyang yang telah disapu margerin dan dialas dengan kek kek.
Tutup bahagian atas loyang dengan kertas aluminium dan kukus selama 4 jam
Guna api sederhana.
Kalau air berkurangan tambah dengan air yang panas.

Talam Lapis Kole Kacang

$
0
0

Terima kasih pada rakan FBku Zaharah Abu Bakar atas perkongsian resepi yang sedap ini
Bahan-bahan
1200ml air
300ml santan pekat
250gm gula
75gm tepung kacang hijau
85gm  tepung honkwee putih
100 tepung ubi
150gm tepung gandum
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Pewarna

Panaskan pengukus
Masak 500ml air bersama gula dan daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan dan padamkan api.(keluarkan daun pandan)
Masukkan lebihan baki air tadi.(bahan tersebut sudah menjadi suam apabila bercampur air)
Masukkan ke dalam blender dan masukkan juga tepung-tepung dan garam,
Bagikan adunan kepada 3 warna.
Sapukan loyang dengan minyak masak.
Panaskan loyang di dalam pengukus
Masukkan sedikit adunan ke dalamnya dan kukus selama 5 minit.
Lakukan proses ke dalam adunan bewarna yang lain pulak.
Lakukan berselang seli sehingga adunan habis.
Untuk lapis yang terakhir kukus selama 15 minit.
Sejukkan adunan dan bolehlan dipotong dengan pisau plastik.



Serimuka Lapis Warna-Warni

$
0
0
400ml santan
3 cawan beras pulut
Sedikit garam

Pulut dibersihkan dan direndam sekurang-kurangnya 1 jam.  Masukkan dalam loyang dan dikukus dengan air yang sudah mendidih selama 20 minit.  Diangkat dan ditekan-tekan pulut tersebut supaya lebih mampat.

Lapisan atas
4 cawan santan
2 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
1/2 sudu teh esen pandan
Pewarna

Adun semua bahan kecuali pewarna dan tapiskan.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(4 - merah, hijau, kuning dan biru)
Tuang satu bahagian dan kukus selama 10 minit dengan api sederhana(tutup loyang dengan aluminium)
Lakukan proses yang sama kepada adunan-adunan yang lain.
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 15 minit atau sehingga masak.

Kek Coklat Berlapis Keju dan Oren

$
0
0
Bahan-bahannya
200gm tepung gandum 
100gm serbuk koko
50gm serbuk badam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonat
3 biji telur
200gm gula pasir halus
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur 
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air
Oren filling

Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonate sebanyak 2 kali.
Putar telur dengan gula hingga kembang.  Masukkan bahan ayak dan serbuk badam .  Kacau.
Masukkan minyak masak.  Kacau.
Masukkan susu dan air panas.  kacau hingga sebati dan berkilat.
Sapu loyang(9x9 inci) dengan margerin dan di alas dengan kertas kek(lebihkan kertas kek tersebut untuk menyenangkan untuk mengangkatnya nanti bila kek sudah masak).
Simpan 2 sudu besar adunan kek untuk marble.
Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian.  Masukkan satu bahagian ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180C (5 minit pertama bakar dengan api bawah dan masa selebihnya api atas dan bawah)
Masukkan sebahagian adunan krim cheese ke atas kek coklat dan letakkan oren filling di atasnya(masukkan oren filling ke dalam asing beg dan paipkan secara jaluran memanjang di atas lapisan krim keju.  Buat beberapa baris sehingga sampai ke tepi loyang). , bakar selama 15 minit.
Keluarkan dan tuang bahagian yang kedua dan bakar semula selama 20 minit lagi dan lakukan cara pembakaran seperti lapisan yang pertama tadi.
Apabila kek masak tuang lebihan adunan krim cheese dan paipkan lakaran marble di atasnya.
Bakar semula selama 15 minit.


Lapisan krim keju
250gm krim keju
70 gm gula halus
1 biji telur 
20gm tepung gandum
1 sudu teh jus lemon
25ml air

Putar krim keju dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur.  Putar.
Masukkan tepung gandum, jus lemon dan air.  Putar biar sebati.

Kek Lapis Tiga Rasa

$
0
0


Sumber Mummy Ryan
Kek Lapis DwiRasa Mummy Ryan
Sorry kak tukar nama kepada Kek Lapis Tiga Rasa.

Bahan
6 biji telur
1 1/2 cawan tepung hongkong
1 cawan gula halus(tuan punya resepi guna 1 1/2 cawan)
250gm mentega
1 cawan horlick
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanila
1 tin susu pekat manis(505)
Pes strawberri(merah)
Pes pandan(hijau)
Coklat emulco

Panaskan oven suhu 180C
Putar mentega bersama gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen dan ovellete.Putar lagi biar sebati.
Masukkan susu.Putar kelajuan sederhana.
Masukkan tepung dan horlick sedikit demi sedikit(kelajuan perlahan)
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan masukkan perisa seperti di atas.
Sapu loyang dengan lebihan mentega tadi dan alas loyang dengan kertas kek.
Masukkan 3 sudu besar adunan coklat dan sapu rata.
Bakar api atas dan bawah selama 10 minit.
Keluarkan dan tekan kek supaya sedikit mampat.
Masukkan 3 sudu besar adunan lain warna dan ratakan.  Bakar api atas sahaja selama 10 minit.
Lakukan sehingga semua adunan habis.
Untuk lapisan terakhir bakar api atas dan bawah selama 15 minit.
Keluarkan dan sejukkan.
Bila dibilang-bilang ada 18 lapisan kesemuanya....

Puff Sosej, Cendawan Berkrim Keju

$
0
0
Puff Pastry
Cutter bulat (ukuran 5 inci dan 4 inci)
Telur(pukul dengan garfu)

Panaskan oven dengan suhu 180 - 200C
Guna cutter 5 inci terap kulit puff pastry untuk dua keping
Sapu telur pada satu bulatan kulit puff tersebut.
Untuk satu bulatan lagi terap pula dengan cutter 4 inci.  Dapatkan bulatan pastry berbentuk cincin.
Ambil bulatan cincin tersebut dan letakkan ke atas pastry yang telah disapu telur tadi.
Sapu pastry cincin tersebut dengan telur.
Alas loyang dengan kertas kek dan susun puff pastry tersebut.
Bakar selama 25 minit atau sehingga kulit kekuningan.
Bila keluar dari oven tekan bahagian dalamnya supaya pastry menjadi bakul.

Inti
4 batang sosej(rebusdan dipotong nipis)
Sekeping daging burger(ramaskan)
4 biji cendawan butang tin(potong nipis)
Setengah labu bawang besar(dadukan)
1 ulas bawang putih(Mayang dan dadukan)
2 sudu besar krim sos campuran(kak guna jenama IKEA)..kalau nak guna serbuk cheese pun ok
Sedikit parutan mozarella
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak untuk menumis
Hiasan
Cili merah(potong nipis)
Daun bawang(potong nipis)

Panaskan minyak masukkan bawang putih dan bawang besar.  Biarkan layu.
Masukkan burger.  Kacau seketika.
Masukkan sosej dan cendawan.  Masukkan lada hitam.
Masukkan krim sos campuran yang telah dicairkan dengan sedikit air.
Masukkan parutan mozarella dan sedikit bahan perasa/gula.

Cara menghidang
masukkan inti ke dalam bakul puff dan tabur dengan bahan hiasan tadi.




Apple Puff

$
0
0

Kulit puff pastry(4X4)secukupnya
Telur(pukul dengan garfu)
Inti
6 biji buah epal..merah dan hijau(kupas kulit dan potong kecil)
100gm gula perang
1 sudu besar gula kastor
Sebatang kulit kayu manis
50gm kismis
30gm valnut(cincang)
1/2 sudu besar tepung jagung
50gm air

Masak epal bersama gula perang dan kastor hingga gula hancur.  Masukkan kulit kayu manis,.  Masak sehingga epal empuk.  Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masukkan valnut dan kismis.   Kacau seketika sehingga pekat.  Sejukkan.

Caranya
Ambil sekeping kulit puff pastry masukkan inti dan lipat secara segi tiga atau pun gulung memanjang.
Kemaskan dengan menekan hujungnya dengan garfu(kalau yang buat segi tiga)
Letak dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kek.
Sapu permukaan puff dengan telur.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.  Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 - 200C.

Viewing all 405 articles
Browse latest View live